Pada 30 Mac 2020, sebuah lori Gardenia telah dicuri di Kuala Lumpur dan berita mengenainya tular di media sosial. Namun begitu, lori tersebut telah dijumpai di tepi jalan di Kijal, Terengganu pada lewat petang hari yang sama.

Menurut satu kenyataan media  yang dikongsikan oleh Bernama Tv, Gardenia Bakeries KL memaklumkan bahawa lori Gardenia yang dicuri pada 30 mac lalu sudah dijumpai di Kuala Terengganu.

Walau bagaimanapun, tiada berlaku sebarang kecederaan dan jurujual dilaporkan berada dalam keadaan selamat. Lori tersebut dan produk di dalamnya berada di balai polis bagi menjalani siasatan lanjut.

Tambah kenyataan itu, semua produk Gardenia yang dibawa oleh lori tersebut akan dilupuskan dan kenderaan terbabit akan dinyahkumamkan.

Selain itu, pihak pengurusan juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu menghubungi balai polis berdekatan untuk membantu siasatan.

Sumber : Bernama Tv

Sumber rujukan : Siakap Keli

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 686 times!)