Bagi korang yang merupakan seorang pelajar yang menginap di asrama, sesekali pastinya menginginkan sesuatu yang sangat sedap seperti Macaroni and Cheese ini kan? Tetapi anda tidak tahu cara yang paling mudah untuk membuat Macaroni and Cheese ini.

Pasti anda tertanya-tanya bagaimana untuk menghasilkan Macaroni and Cheese ini dengan cara yang paling mudah sedangkan anda sebagai seorang pelajar hanya mempunyai periuk nasi elektrik di asrama.

Pasti ramai yang menyukai Macaroni and Cheese ini. Oleh itu, pada post kali ini kami ingin kongsikan resepi Macaroni and Cheese dengan cara yang paling mudah. Resepi Macaroni and Cheese ini sangat mudah, kerana ia hanya menggunakan periuk nasi sahaja untuk memasak. Pelajar tidak perlu bersusah payah untuk menghasilkan Macaroni and Cheese di asrama.

Dengan ini, anda sebagai seorang pelajar boleh memcuba Resepi Macaroni and Cheese di asrama atau di rumah. Resepi Macaroni and Cheese ini sangat sangat mudah, cepat dan sangat sedap.

Resepi Macaroni and Cheese

BAHAN-BAHAN

  • 1.5 cawan macaroni
  • 2 cawan susu segar
  • 1 cawan air
  • 7 keping cheddar cheese
  • Garam
  • Mentega
  • Serbuk roti

CARA-CARA

  1. Masukan 1.5 cawan macaroni ke dalam periuk nasi.
  2. Masukan 2 cawan susu segar ke dalam periuk nasi juga.
  3. Kemudian, tambahkan 1 cawan air ke dalam periuk nasi tersebut.
  4. Selepas itu, on kan periuk nasi sehingga susu itu menjadi kering sedikit.
  5. Kemudian, masukan 7 keping cheddar chesse kedalam periuk nasi tadi.
  6. Selepas itu, tambahkan garam sedikit.

Untuk yang di rumah, anda boleh menggunakan dapur untuk membuat resepi Macaroni & Cheese ini lebih sedap dengan menambahkan serbuk roti di atas macaroni.

CARA-CARA MENYEDIAKAN SERBUK ROTI

  1. Panas kan sedikit mentega  di dalam kuali.
  2. Kemudian, masukan serbuk roti. Gaul sehingga sebati dan garing.
  3. Yang terakhir, taburkan serbuk roti itu tadi keatas Macaroni yang sudah siap tadi.

SIAP! SELAMAT MENCUBA.

Kredit: KHAIRUL AMING Food Channel.

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 627 times!)