Siapa yang dah pernah makan memang akan tahu kesedapannya… Sedap sangat walaupun bahan sempoi jer. Teringin nak buat makan untuk famili silakan share boleh jer!

Mee Daging Style Aleen oleh Aleen Aireish

Bahan-bahannya diperlukan:

  • 1 kampit mee kuning (saya basuh dahulu)
  • 1 mangkuk daging (cuci bersih, rebus daging potong kiub kecil, air rebusan jangan buang nak guna nanti)
  • 3 biji bawang kecil – ditumbuk lumat
  • 2 ulas bawang putih – ditumbuk lumat
  • 2 s/b cili kisar
  • 1 s/b sos tiram
  • 2 s/b sos cili
  • Kicap lemak manis secukupnya
  • 1 kiub ayam/bilis
  • Taugeh
  • Kucai

Cara-cara penyediaan & memasak:

  1. Tumis bahan ditumbuk lumat + cili kisar hingga garing naik bau
  2. Masukkan sos tiram + sos cili + kicap + kiub ayam, kacau
  3. Masukkan mee kuning + air rebusan daging + kucai, kacau sekata
  4. Last sekali masukkan taugeh. Kalau boleh mee daging tu biar basah-basah. Tak mahu kering macam mee goreng biasa kita buat tu
  5. Siap untuk dihidangkan bersama keluarga!

Tontoh video dibawah ini.

5/5 (2 Reviews)
(This post has been visited 199 times!)