Mee Hailam adalah salah suatu juadah yang digemari rakyat Malaysia. Cara pembuatannya mudah akan tetapi menghasilkan juadah yang sangat lazat dan confirm sahaja ianya akan laku dan cepat habis. Bagi mereka yang menginginkan sesuatu yang ringkas akan tetapi menjadi kegemaran tetamu, sudah tentu kami cadangkan agar anda memasak mee hailam.

Mee Hailam berasal daripada kaum Cina dimana ianya sangat popular di restoran – restoran Hainan. Selalunya, Mee Hailam akan digabungkan bersama daging ataupun makanan laut akan tetapi, ianya bergantung kepada selera masing masing.

Tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat resepi Mee Hailam ini!

Bahan untuk Mee:

  • Sedikit air
  • 1 pek /450g mee kuning

Bahan-bahan untuk Kuah:

  • Sedikit minyak
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang merah kecil
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 ketul isi ayam, hiris kecil
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 1/2 batang karot
  • Batang sayur sawi
  • 2 keping fishcake
  • 3 cawan air (anggaran)
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 4-5 ekor udang besar
  • Kicap manis secukupnya
  • 2 batang baby corn
  • 2 ekor sotong
  • Tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
  • 1 biji tomato, belah 6
  • Daun sawi
  • Garam secukup rasa

Cara Penyediaan Mee Hailam:

  1. Panaskan air dan celur mee kuning. Angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau dan masukkan cili kisar.
  3. Masukkan ayam dan serbuk lada sulah. Masukkan karot dan batang sawi dan kacau hingga sebati.
  4. Masukkan fish cake dan tambah air secukupnya. Masak sehingga mendidih.
  5. Masukkan sos tomato, sos tiram dan sos cili dan masak sehingga kuah mendidih.
  6. Masukkan udang dan kicap manis secukupnya.
  7. Masukkan sayur baby corn, daun sawi, tomato dan sotong.
  8. Tuang pula bancuhan tepung jagung dan didihkan sehingga kuah pekat. Perasakan dengan garam.
  9. Masukkan mee dan kacau hingga sebati.
0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 11 times!)