Kolestrol ini sebenarnya penting bagi tubuh untuk menghasilkan sel-sel membran dan vitamin D. Namun begitu terdapat dua bahagian kolestrol. Pertama kolestrol baik (HDL) dan yang kedua adalah kolestrol buruk (LDL). Apa yang membimbangkan adalah apabila kolestrol tinggi. Masalah kolestrol tinggi atau buruk sering kali menghantui rakyat Malaysia. Tidak kira kurus atau gemuk.
Kadangkala kolestrol bagi orang yang berbadan kurus lebih tinggi berbanding kolestrol orang yang berbadan gemuk. Kesan kolestrol tinggi ada ia boleh mengenapkan kolestrol pada dinding saluran darah, menyumbat arteri-arteri serta meningkatkan risiko serangan jantung atau strok. Jadi bagi menangani masalah ini apa kata kita cuba buat dan minum minuman yang berkhasiat ini. Ia merupakan bahan alami dan mampu membantu mengurangkan koletsrol dan seterusnya mengurangkan risiko serangan jantung.
Minuman Campuran Bahan Alami Ini Mampu Menangani Masalah Kolestrol Degil Dan Serangan Jantung!
BAHAN-BAHAN:
- 3 ulas bawang putih | buang kulit
- 3-5 biji kurma |buang biji
- 2 biji lemon | Kisar bersama kulit
- 1 biji timun
- 2 cawan air
CARA-CARANYA:
- Kisarkan semua bahan di atas. Kisar halus.
- Apabila siap boleh terus minum bersama-sama hampasnya.
- Seeloknya minum pada waktu pagi, tengahari dan malam. InshaAllah menjadi, kita berusaha, Allah yang mengizinkan.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Ainasar Azizah