nangka

Sedap juga kan kalau sekali-kala layan masakan kampung macam nangka masak lemak cili api ni. Kena pulak yang rindu masakan keluarga dekat kampung. Sayur kampung ni kalau di gandingkan pula dengan ikan goreng dan sambal belacan memang sedap sampai tak ingat dunia kalau makan. Tak payah lauk macam2…dah cukup menyelerakan. Resepi ni biasa je, tapi nak kongsikan jugalah walaupun ianya ringkas. Resepi ni kalau guna nangka yang di petik dari pokok..memang sedap sebab dia fresh…terasa manis2nya tapi kalau tak ada nak buat macam mana kan beli je lah dekat kedai. Jom kita layan menu ringkas ni tapi sedap.

Bahan – Bahan :

  • 1 mangkuk nangka muda (direbus sehingga empuk)
  • 150ml santan pekat
  • 1 genggam ikan bilis
  • 2 batang serai
  • 1 helai daun kunyit
  • 1 asam keping
  • 1 sudu besar garam
  • 1 sudu besar gula
  • 1 cawan air
  • 5 biji cili api
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 biji cili merah

Cara Penyediaan :

  1. Mula – mula masukkan bawang besar, cili merah, kunyit hidup dan 1/2 cawan air kedalam blender. Kisar hingga hancur.
  2. Rebus nangka muda bersama air dan sedikit garam sehingga empuk. Bila dah empuk, toskan airnya. Ketepikan dulu.
  3. Sementara itu masukkan bahan2 kisar kedalam periuk. Kemudian, masukkan serai, santan cair dan biarkan mendidih.Selepas itu, barulah masukkan 1 cawan air.
  4. Pada masa yang sama masukkan nangka yang telah direbus tadi dan masukkan ikan bilis, cili api, serai, daun kunyit, asam keping, garam dan gula. Gaul rata.
  5. Masak hingga mendidih guna api sederhana. Rasakan, kalau dah cukup rasa tutupkan api dan bolehlah diangkat dan hidangkan.
0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 36 times!)