Resepi kali ini ialah Nasi Ayam Ringkas & Lazat. Nasi ayam ini sesuai di makan untuk makan tengah hari atau makan malam. Bahan-bahan untuk penyediaannya juga mudah didapati. Jom kita tengok resepinya.

Bahan-bahan

Ayam

  • Garam (Seasoned)
  • Lada Hitam
  • Ayam (Seasoning)
  • Sos (Oriental BBQ)
  • Batang Daun Bawang
  • Serai

Nasi

  • Beras
  • Air
  • 2 inci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu makan butter / planta

Sos

  • Minyak
  • 1 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • Air
  • Tepung Jagung
  • Minyak Bijan
  • Lada Hitam
  • Secukup Rasa

Cara-cara

Ayam

  1. Gaulkan ayam dengan lada hitam, garam (seasoned) dan sos (oriental bbq).
  2. Masukkan serai dan batang daun bawang ke dalam perut ayam.
  3. Perapkan selama 30 minit.
  4. Bakar dengan api atas & bawah dengan suhu 230C selama 1 jam.

Nasi

  1. Tanak nasi dengan halia, bawang putih dan planta/butter.

Sos

  1. Tumis halia dan bawang putih sehingga wangi.
  2. Masukkan air, kicap manis dan sos tiram.
  3. Kemudian masukkan tepung jagung + air , minyak bijan, lada hitam dan secukup rasa.
  4. Tunggu hingga mendidih.
  5. Siap

Selamat mencuba

Sumber : Ani’s Home Recipe

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 23 times!)