Oreo lovers! Oreo Ice-Cream Sandwich kini sudah ada di Malaysia.

Siapa je yang tidak suka aiskrim kan? Pencuci mulut yang mencairkan hati semua orang.Sesuai dimakan bila-bila masa yang kita mahu, kadang-kadang “breakfast” pun dengan aiskrim.

Tapi ada yang lebih mengujakan, apabila biskut kegemaran ramai, Oreo sudah ada dalam bentuk aiskrim iaitu Oreo Ice-Cream Sandwich, jadi jangan lupa untuk cuba, pasti memikat hati anda yang suka aiskrim dan biskut oreo.

Oreo Ice-Cream Sandwich, gabungan dua perisa yang terkenal.

Seperti yang kita tahu, oreo merupakan biskut kegemaran ramai. Pelbagai cara untuk makan biskut ini, sama ada dicicah susu atau dimakan begitu sahaja.

Sejak beberapa bulan yang lepas, biskut oreo sudah ada dalam pelbagai jenis aiskrim. Iaitu, Oreo Cornetto Cone, Oreo Ice-Cream dan sekarang, Oreo Ice-Cream Sandwich.

Oreo Ice-Cream Sandwich ini dibungkus dengan pembungkus aluminium dan semestinya saiznya lebih besar daripada biskut oreo yang biasa.

Ice-cream(fillings) yang digunakan untuk Oreo Ice-Cream ni bukan yang sama seperti krim biskut oreo yang biasa tau. Ianya adalah gabungan aiskrim dan serpihan oreo yang lazat!

Jom dapatkan sekarang!

Boleh dapatkan di Jaya Grocer dengan harga RM5.50. Kebiasaannya, ia hanya boleh didapati di luar negara.

Jangan lupa untuk cuba ya!

Sumber rujukan :  KL Foodie

(This post has been visited 126 times!)