Pak Cik Bertongkat Sambil Bawa Guni Cari Rezeki Musim PKP, Dengan Menjual Cili Yang DiTanam Sendiri

Selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan 18 Mac lalu, segelintir keluarga kurang sumber pendapatan malah terdapat juga yang hilang terus pendapatan dalam mencari rezeki.

Terbaru, seorang pengguna Facebook Hakimy Albertamy beberapa keping gambar memaparkan seorang lelaki warga emas menjual cili di hadapan Maybank cawangan Bertam, Kepala Batas.

Menurut Hakimy, cili itu ditanam sendiri oleh pakcik tersebut sebelum menjual hasilnya namun sukar untuk meraih duit pendapatan akibat PKP.

“Dia tak minta sedekah pun, dia hanya mencari rezeeki dengan cara jual hasil tanamannya. Cuma dia kata susah sikit bila PKP ni kurang sumber pendapatan. Semoga Allah meluaskan dan memudahkan rezeki pakcik. Ok jom kita bantu orang, nanti orang lain pulak bantu kita,” tulisnya.

Posting berkenaan mendapat 1,800 perkongsian dan 1,000 tanda suka malah rata-rata warganet meluahkan rasa kasihan serta menyatakan hasrat ingin membantu pakcik tersebut.

 

Mungkin sebab PKP terpaksa keluar berniaga..

Kesian sangat..

Bagi 50 ambil semua dan bagi-bagi kat jiran..

Tolong pakcik ni mohon BPN..

 

BACA JUGA  Mencuci Tangan Dengan Sabun Adalah Lebih Berkesan Berbanding Hand Sanitizer - SDC

Moga pakcik ini sentiasa dimurahkan rezeki. Siapa-siapa yang ada di kawasan berdekatan sila lah bantu pakcik ni. Kalau tak mampu nak beli banyak, beli sikit pun takpe.

Sumber : Hakimy Albertamy

Sumber rujukan : ohmymedia