Biasanya, hidangan labu masak lemak antara yang popular dimasak oleh para ibu. Kali ini kami nak kongsikan pula resepi pengat labu manis.

Kalau anda nak tahu buah labu mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan kita. Buah ini mengandungi nutrisi seperti vitamin A, B, C, kalsium, karbohidrat, serat, potasium dan protein. Labu juga antara buah yang rendah lemak, rendah kalori tapi kaya dengan serat.

Kalau anda nak nutrisi daripada buah labu ini, apa kata anda jadikan buah ini sebagai pencuci mulut ketika waktu berbuka puasa.

Jom kita tengok cara nak buat pengat labu manis yang sangat sedap ini.

Bahan-Bahan:

  • 1/2 biji labu
  • 1/2 cawan air
  • 2 sudu besar gula putih
  • 2 helai daun pandan
  • 1 mangkuk besar santan
  • 1/3 cawan gula melaka
  • 1/2 cawan sagu
  • 1/2 -1 sudu kecil garam

Cara Penyediaan:

  1. Rendam sagu dalam air dalam 15-30 minit. Tapis dan bilas dengan air.
  2. Kupas kulit labu, bersihkan dan potong kiub besar.
  3. Masukkan dalam periuk bersama air, gula putih serta daun pandan yang dicarik dan disimpul. Tutup periuk dan masak sehingga labu lembut.
  4. Masukkan santan, gula melaka, dan sagu yang direndam tadi. Pastikan api perlahan supaya santan tak berketul. Kacau-kacau sedikit kuah santan dan reneh sehingga mendidih.
  5. Perasakan dengan garam secukup rasa. Siap sedia untuk dihidang.
0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 24 times!)