Puding Roti Ala Brownies

Puding roti ini tekstur macam puding tapi rasa macam brownies. Resepi kali ini sangat bergantung pada jumlah serbuk agar-agar yang digunakan. Kalau nak tekstur lembut macam puding, guna hanya 1 peket serbuk agar-agar (10g), dan kalau nak tekstur lebih solid macam agar-agar dan rasa lebih macam brownies, boleh pakai 2 peket serbuk agar-agar (20g)

Resepi

  • 4 keping roti kering
  • 4 cawan (1 litre) susu coklat/milo
  • 1 cawan gula pasir (200g)
  • 1/2 cawan (40g) serbuk koko/milo
  • 1/2 cawan (100g) coklat masakan (dark/milk)
  • 1 – 2 peket (10 – 20g) serbuk agar-agar (10g untuk teksture lembut macam puding & 20g untuk tekstur macam agar-agar)
  • 1 biji telur kuning

* Guna acuan petak size 7 x 6 x 2.5 inci
* Basahkan bahagian dalam acuan sebelum masukkan puding supaya senang nak keluarkan puding apabila ia sudah set
* Lebih sedap apabila sejukkan puding semalaman sebelum dimakan
* Video resepi ini guna 1 peket serbuk agar-agar

Cara Penyediaan 

  1.  Masukkan roti kering, susu coklat, gula pasir, serbuk koko, telur kuning, serbuk agar agar dan kisar sehingga hancur dan sebati.
  2. Masukkan larutan puding dalam periuk untuk di masak ( guna api sederhana )
  3. Apabila puding dah panas, masukkan coklat masakan ( kacau sehingga mendidih)
  4. Masukkan dalam acuan (basahkan acuan di bahagian dalam)
  5. Sejukkan puding semalaman

SELAMAT MENCUBA !

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 21 times!)