Adakah anda masih tercari-cari orang untuk menyediakan pulut kuning untuk majlis perkahwinan anak atau saudara mara anda? Pulut kuning bukan sahaja sesuai untuk dijadikan gubahan untuk hantaran perkahwinan, malahan juga sesuai untuk buat santapan keluarga, hidangan hari raya dan sebagainya. Disini saya akan sediakan resepi lengkap untuk anda dalam penyediaan pulut kuning.

PULUT KUNING DAHLIA’S KITCHEN

BAHAN-BAHAN:

  • 2 Cawan Biasa Beras Pulut ( direndam bersama 1 sudu besar serbuk kunyit dan air selama setengah jam atau lebih)
  • 1 Sudu Minyak Makan atau Minyak Kelapa
  • 3 Cawan Setengah Air atau Santan
  • Sedikit Pewarna
  • Garam Secukup rasa

CARA-CARA:

  1. Rendam beras pulut bersama serbuk kunyit dan pewarna kuning selama 1/2 atau 1 jam. Toskan.
  2. Panaskan kukusan. Masukkan sedikit minyak kedalam loyang pengukus.
  3. Kemudian, masukkan beras pulut ke dalam loyang pengukus.
  4. Tuangkan santan ke dalam loyang yang berisi pulut. Masukkan garam. Ratakan. (Tambahkan pewarna, jika warna pudar).
  5. Kukus selama 30 – 40 minit. Siap!!!

*Pulut Kuning juga sedap dimakan bersama rendang daging @ ayam.

** Kalau tak nak pulut kuning, tak perlu masukkan serbuk kunyit dan pewarna semasa merendam pulut.

Selamat mencuba.

****Cara-cara memasak sila rujuk pada Tutorial Video.

Kredit: Dahlia’s Kitchen

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 76 times!)