Ini Rahsia Resepi Ayam Goreng Mamak Rangup, Patutlah Sedap!

Ayam Goreng Mamak

Kepada anda yang suka makan di kedai mamak, tentu suka ayam goreng mamak. Memang sedap sampai menjilat jari dan bikin ketagih.

Makan pula ketika masih panas bersama kuah kari mamak memang terbaik!

Tidak dinafikan, harga menu ini agak mahal tetapi ia tetap ada peminatnya. Kanak-kanak pun suka rasa ayam mamak ni.

Kepada penggemar ayam goreng mamak, jom cuba resepi ayam goreng mamak ni. Confirm sedap dan rangup.

RESEPI AYAM GORENG MAMAK RANGUP

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam
  • 6 sudu makan tepung jagung
  • 6 sudu maka tepung beras
  • 3 tangkai daun kari

Bahan untuk dikisar:

  • 6 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 5 tangkai cili kering
  • 2 sudu makan rempah kari
  • 1 biji telur
  • Garam secukup rasa
  • 1 biji telur
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu makan serbuk lada sulah

Cara-caranya:

  1. Perap ayam dengan bahan kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari selama 1 jam. Perap lagi lama lagi sedap.
  2. Panaskan minyak & goreng ayam sehingga masak.

 

Selamat mencuba!

Kredit: Keluarga

 

Baca juga: Keropok Lekor Homemade, Pertama Kali Buat Pun ‘Confirm’ Menjadi

BACA JUGA  Resepi Dalgona Milo, Untuk Bukan Penggemar Kopi
4/5 (2 Reviews)