Adakah anda peminat rendang? Jangan khuatir, saya menyediakan Resepi Rendang Daging Dahlia’s Kitchen yang sangat MUDAH dan LAZAT untuk anda. Pastinya sedap dan menjimatkan.

 

Rendang Daging Dahlia's Kitchen

Resipi Rendang Daging Dahlia’s Kitchen…

BAHAN BAHAN KISAR ( Blend ) 

  • 1 Biji Bawang Besar
  • Setengah Genggam Bawang Puteh
  • 3 Batang Serai
  • 5 Batang Cili Padi ( citarasa masing-masing )
  • Setengah Ibu Jari Halia Setengah Ibu Jari Lengkuas

 

BAHAN BAHAN LAIN

  • 1 Kilo Daging Kari ( dipotong mengikut citarasa masing-masing )
  • 1 Paket Kerisik ( saiz sedang )
  • 2 Buku Gula Melaka
  • Garam Secukup Rasa
  • Gula Secukup Rasa
  • 1 Kotak Santan ( saiz medium dicampur dengan semangkuk setengah air )
  • 1 Helai Daun Kunyit
  • 8 Helai Daun Limau

Cara-cara Memasak:

  1. Tumiskan semua bahan kisar.
  2. Kemudian masukkan daging yang sudah dicuci.
  3. Kemudian masukkan gula melaka, gula, garam dan kerisik. Kacaukan supaya sebati. Masukkan daun limau, santan dan daun kunyit.
  4. Kacaukan supaya sebati dan biarkan hingga daging masak. Siap untuk dihidangkan.

 

***Cara Cara memasak lebih lanjut, sila rujuk pada tutorial video***

Kredit: Dahlia’s Kitchen

5/5 (1 Review)
(This post has been visited 5 times!)