Untuk resepi pencuci mulut, kadang-kadang kita buntu nak masak apa sebab menu dan resepi terlalu banyak untuk dirujuk. Seperti semua tahu, agar-agar merupakan kuih sejenis gel daripada bahan bergelatin. Ia hadir dalam pelbagai rasa, bentuk dan rupa.
Jadi, untuk resepi kali ini, kami ingin mengongsikan satu resepi agar-agar cermin yang sedap dan lazat. Bukan itu sahaja, bentuknya yang cantik dihiasi pelbagai warna pelbagai buah menjadikan ia sedap dipandang!
Resepi Agar-Agar Cermin Yang Cantik, Sesuai Untuk Hidangan Pencuci Mulut Yang Unik
Bahan-bahan
- Agar-agar bertali
- Air secukupnya
- Gula pasir secukupnya
- Gula batu
- 1 tin longan
- Buah strawberry (belah dua)
- Buah mangga (potong dadu)
- Buah kiwi (potong bulat)
- Biji selasih (rendam dengan air panas)
Cara penyediaan:
- Masak agar-agar sampai hancur.
- Sambil tunggu agar-agar hancur, boleh sediakan buah-buahan mengikut citarasa.
- Basahkan loyang atau acuan dengan sedikit air dan ketepikan.
- Kemduian, barulah masukkan gula pasir dan gula batu.
- Setelah agar-agar dan gula dan betul-betul hancur, masukkan pula air longan tadi dan biarkan agarr-agar tadi betul-betul mendidih dan barulah tutup api.
- Larutkan dulu sedikit agar-agar tadi ke dalam loyang, taburkan biji selisih dan buah-buahan mengikut citarasa.
- Biarkan sebentar selama 5 minit barulah masukkan lebihan agar-agar tadi.
- Biarkan sehingga wap hilang barulah masukkan ke dalam peti.
- Tadaaa dah siap! Sedap dimakan sejuk-sejuk.
Haaa! Bila dah siap, bolehlah kalau nak hidangkan, terus je ambil agar-agar cermin dalam peti. Hidang sejuk-sejuk lagi sedap. Bila masuk ke dalam tekak tu rasa sejuk dan nyaman.
Selain itu, agar-agar ini juga boleh dijadikan hadiah kepada yang tersayang sebab rupa dan bentuknya yang cantik . Bayangkan, dengan air tangan yang kita sendiri buat, pasti si penerima menghargainya!
Selamat mencuba dan menikmati.
Sumber: Aminatul
Baca juga: Pernah Gagal Masak Nasi Beriani? Ini Resepi Nasi Beriani Anti Gagal Yang Mantap!