Hari ini kami akan kongsikan resepi air asam sedap yang mudah tapi menyengat. Air asam ini sesuai dihidangkan bersama ikan bakar, daging bakar dan lain-lain menu bakar-bakar tau. Ia juga boleh membangkitkan selera anda. Yang paling penting, kena seimbangkan semua rasa yang ada dari segi masam, manis dan masinnya. Berikut adalah cara penyediaannya.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1/2 biji bawang merah (hiris)
  • 1/2 biji tomato (potong dadu)
  • 5 biji cili api (potong serong)
  • 2 inci belacan
  • 3/4 cawan air asam jawa
  • Secubit garam

Cara-cara:

  1. Masukkan bawang merah, tomato, cili api dan belacan.
  2. Kemudian masukkan air asam jawa.
  3. Kacau rata. Pastikan belacan hancur.
  4. Tambahkan sedikit garam. Kacau rata.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

Tonton video dibawah untuk mengetahui lebih lanjut:

Kredit: Limau Nipis

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 1,225 times!)