Belimbing Buluh merupakan antara tumbuhan semulajadi yang mempunyai banyak khasiatnya. Selain dibuat jeruk atau dimasukkan ke dalam sambal ikan bilis, Belimbing Buluh ini juga sangat sedap jika dibuat minuman.
Rasanya yang masam masam manis memang enak dan orang yang menyukai makanan berasam pasti suka minuman ini. Nak cuba buat Air Belimbing Buluh ini? Jom kita ikuti resepi perkongsian di bawah ini.
Cara Buat Air Belimbing Buluh Yang Mudah & Sedap!
BAHAN-BAHAN:
- Belimbing buluh
- Kulit limau beli yang kering. Kemudian kisar sampai halus.
- Akak guna gula stevia.
- Air masak
- Ice
- Warna hijau
- Sukatan terpulang masing2 nak buat banyak mana.
CARA PENYEDIAAN:
- Kisar belimbing buluh sampai halus. Kemudian tapis ambil air je. Hampas buang.
- Kisar kulit limau yang dibeli sampai halus juga.
- Kemudian campurkan air belimbing yang dikisar tadi dengan air minuman biasa, rasa tu ikut tekak masing-masing.
- Dah siap campur baru masukkan serbuk kulit limau, gula dan ais.
- Siap untuk dinikmati.
Mudah sahaja kan nak buat Air Belimbing Buluh ini? Belum ramai lagi yang cuba buat kan. Jadi korang bolehlah cuba sekarang!
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Noraiziah Othman
Baca juga: Cara Buat Sambal Hitam Express Padu. Tak Perlu Tunggu Berjam-jam Untuk Masak