Pasti ramai yang tahu dan biasa makan Apam Balik kan? Apam balik ini merupakan sejenis kuih tradisi yang terkenal di negara-negara Asia seperti Malaysia, Singapura dan Indonesia. Kuih ini memang sesuai dimakan pada bila-bila masa sahaja.
Ada yang teringin ke nak makan Apam Balik buatan sendiri? Kalau teringin tak perlu dah nak susah-susah kacau tepung. Renyah kan? Jadi apa kata beli je tepung dekat kedai ECO. Kalau beli memang tak rugi, walaupun murah rasa dia tetap lima bintang!
Resepi Apam Balik ECO
Bahan-bahan :
- 1 biji telur
- 1 sudu gula
- Garam jika perlu
- Planta (kalau nak)
- Jagung tin – tabur atas
- Kacang hancur – tabur atas
- Tepung apam ECO
Cara Penyediaan :
- Bancuh tepung dengan air suam, masukkan sedikit gula, secubit garam, telur sebiji dan planta.
- Sapu minyak kemudian boleh masak atas kuali non stick.
- Taburkan jagung tin, kacang hancur dan bakar sampai masak.
- Siap untuk dihidangkan.
Nota :
- Separuh tepung boleh dapat lebih kurang 4 keping.
Selamat mencuba!
Kredit : Cik Merpati Putih Via MATJHN
Baca juga : Resepi Apam Balik Nestum Cheese ‘Kantoi’ Sedap & Gebu, Tak Payah Try Resepi Lain. Try Resepi Ini Je!