Resepi Puteri Ayu Coklat Cheese Yang Gebu Dan Confirm Sedap

Puteri ayu yang biasa pasti ramai dah cuba buat. Yang Coklat ni jarang sangat orang buat. Jadi jom kita cuba resepi puteri ayu coklat cheese ini yang dikongsi oleh Mas Cotek di laman facebook miliknya.

BAHAN-BAHAN :

Bahan A :

  • 1 cawan tepung
  • 1 sdt baking powder
  • 1 sdt soda bikarbonat

*satukan semua bahan dan ayak

*ketepikan

Bahan B :

  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan minyak jagung
  • 1 cawan susu cair
  • 3/4 cawan susu pekat manis
  • 3/4 cawan gula pasir

*satukan semua bahan

*menggunakan api perlahan masak sehingga gula larut

Bahan C :

  • 4 biji telur | kisar

Bahan adunan cheese :

  • 250 gm cream cheese
  • 80 gm gula kastor
  • 25 ml susu cair
  • (air pun boleh)
  • 40 gm tepung gandum
  • 1 biji telur

Cara membuat adunan cheese:

  1. satukan kesemua bahan
  2. mix sampai sebati
  3. masukkan dalam piping beg
  4. ketepikan

CARA PENYEDIAAN :

  1. Masukkan Bahan A ke dalam Bahan B diselang selikan dgn Bahan C
  2. Sebatikan dan ketepikan
  3. Sapu sedikit minyak pada bekas acuan.
  4. Panaskan air dalm periuk kukusan hingga mendidih
  5. Paipkan adunan cheese ke dalam acuan (agak2 nk tebal mana cheese nya ya)
  6. Kukuskan selama 3min
  7. Angkat kemudian tuang adunan coklat 3/4 paras acuan
  8. Kukus lagi selama 5 – 10min
  9. Sejukkan sedia dihidangkan
BACA JUGA  Indonesian Cuisine: Resepi Kerepik Bayam

*Menghasilkan 50 biji apam coklat cheese

Selamat Mencuba !

Sumber : Mas Cotek

 

 

 

 

0/5 (0 Reviews)