Resepi Brownies yang kami akan kongsikan dengan korang semua hari ini sangat ringkas dan bahan-bahan yang sangat mudah untuk diperolehi.

Kalau time raya ke atau bulan puasa, memang laku keras kek ni. Lebih-lebih lagi kalau budak-budak kan, memang suka sangat lah. Maklumlah rasa macam coklat kan.

Kalau korang tambah topping plak, herm memang perghh..sekelip mata habis. Ikuti resepi penuh yang kami sediakan untuk korang seperti dibawah.

Resepi Brownies

Bahan-Bahan

  • 113 gram mentega
  • 75 gram tepung gandum
  • 1 sudu teh essein vanilla
  • 2 biji telur
  • 130 gram gula
  • 260 gram coklat bar dark compound
  • 10 gram serbuk koko jenama Van Houten(mengikut selera anda jenama apa)

Cara-Cara Memasak

  1. Panaskan oven terlebih dahulu dengan suhu 190 darjah selama 15 minit.
  2. Panaskan kuali berisi air sehingga mendidih. Kemudian letakkan bekas besi bulat atau loyang yang berisi coklat bar dan mentega.
  3. Kemudian ketepikan apabila sudah cair dan biarkan seketika.
  4. Masukkan telur, essein vanilla dan gula kedalam satu bekas lain. Adukkan hingga sebati.
  5. Kemudian masukkan coklat bar dan mentega yang sudah dicairkan tadi.
  6. Kacau hingga sebati. Masukkan sedikit demi sedikit serbuk coklat dan tepung gandum.
  7. Apabila semua bahan sudah sbati, masukkan kedalam loyang yang sudah dialaskan dengan parchment paper.
  8. Masukkan adunan kedalam oven bersuhu 170 darjah selama 25 hingga 30 minit atau sehingga masak.
  9. Kemudian keluarkan dan biarkan sejuk terlebih dahulu sebelum di potong.
  10. Potong mengikut saiz citarasa anda dan siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba. Belum cuba belum tahu. Sekali cuba, hari-hari mahu.

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 77 times!)