Daging masak hitam ini kebiasaanya kita akan jumpa bila ada majlis kenduri. Kat kedai makan pun jarang yang jual daging masak hitam. Tapi sekarang kalau nak makan, boleh je buat sendiri. Wanita ini ada kongsikan resepi daging masak hitam. Bila makan mengigau-ngigau. Sebab sedap sangat kan.

BAHAN-BAHAN:

  • Daging
  • Air rebusan daging
  • Kicap
  • Garam
  • Gula
  • Ajinamoto
  • Perencah masakan

Bahan menumis A

  • Kulit kayu manis (1-2 batang)
  • Buah Pelaga ( 1-4 biji)
  • Bunga Lawang (1-3 biji)
  • Serai ( 2 batang diketuk)
  • Daun Kari ( ikut suka)

Bahan menumis B (Kisar) 

  • Bawang Putih ( 4 ulas)
  • Bawang Besar ( 2 ulas)
  • Halia ( sebesar ibu jari)
  • Serai ( 2 batang)

Bahan C (kisar)

  • Cili Kering( agak-agak ya, kalau nak pedas boleh letak banyak)
  • Bawang Besar ( 2 ulas lagi. Masak hitam ini lagi bawang besar banyak lagi sedap)
  • Perencah Kari Daging ( jenama apa pon tak apa. Saya letak setengah je )

CARA PENYEDIAAN:

  1. Blender bahan B di atas sampai lumat kemudian tumis dengan bahan bahan A sampai naik bau wangi.
  2. Bila bahan A dan B yang ditumis tadi dah kering sedikit masukkan bahan bahan C yang baru diblender tadi.
  3. Masak sampai pecah minyak.
  4. Sambil- sambil tu rebus daging. Air daging jangan dibuang ya.
  5. Dah pecah minyak masukkan air daging, daging dan kicap kipas udang atau kicap mudim.
  6. Akhir sekali masukkan garam, gula, ajinamoto dan perencah masakan mengikut citarasa anda.
  7. Perlahankan api biar masak sampai agak kering sedikit tutup api dan hidangkan.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit : Najwatul Farhana Md Fazli

Baca juga: Resepi Kek Pandan Bersantan Harum Semerbak, Sekali Hidang Dah Licin

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 2,082 times!)