Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

Singgang Daging Kelantan Yang Mudah Dan Sedap, Sekali Makan Memang Terpana. Ini Dia Resepinya..

Cik Lawa by Cik Lawa
Februari 9, 2023
in Lauk Pauk, Resepi
2 min read
0 0
0
Resepi singgang daging kelantan
0
SHARES
5.7k
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Singgang daging Kelantan memang agak susah untuk dijumpai di mana-mana negeri lain selain daripada Kelantan. Apa yang membezakan singgang daging dengan singgang negeri lain adalah warna dan rasanya. Rasanya jauh lebih sedap.

BacaJuga

Daging Yang Juicy, Manis & Sedap Cicah Sos Thai, Ini Resipi Daging Goreng Ala Thai! Tak Perlu Pergi Thailand, Boleh Buat Sahaja Di Rumah

Daging Yang Juicy, Manis & Sedap Cicah Sos Thai, Ini Resipi Daging Goreng Ala Thai! Tak Perlu Pergi Thailand, Boleh Buat Sahaja Di Rumah

Mac 23, 2023
368
Tiba-Tiba Mengidam Nak Makan Makanan Bersup, Jom Buat Mee Hailam Daging Terpaling Sedap Sampai Nak Tambah Lagi!

Tiba-Tiba Mengidam Nak Makan Makanan Bersup, Jom Buat Mee Hailam Daging Terpaling Sedap Sampai Nak Tambah Lagi!

Mac 14, 2023
362

Masakan ini banyak disediakan atau di masak di majlis perkhawinan. Nak menyediakan singgang daging Kelantan ni tak susah mana pun. Walau di negeri mana pun anda berada, anda masih boleh mencubanya dengan merujuk resepi di bawah ini.

Resepi Daging Singgang Kelantan Yang Mudah Dan Sedap !

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 kg daging | hiris/potong kecik *
  • 1½ inci lengkuas | ketuk *
  • 1 inci halia | hiris memanjang, kecil-kecil*
  • 2 sudu besar ketumbar | tumbuk kasar *
  • 3 ulas bawang putih | mayang *
  • 4 ulas bawang merah | mayang*
  • 3 tangkai lada kering | tumbuk bersama ketumbar (tidak lumat) *
  • 3 keping asam keping
  • Garam dan gula
  • Serbuk perasa dan budu ( jika suka)
  • Air

CARA PENYEDIAAN:

  1. Semua bahan bertanda * tu masukkan dalam periuk dan gaul bersama daging tanpa air.
  2. Rebus bersama daging tanpa air sekejap (mati awas). Inilah rahsia kesedapan singgang sebab rasa bahan-bahan masuk ke dalam daging.
  3. Masukkan air.
  4. Biarkan sehingga daging empuk.
  5. Masukkan garam dan asam keping. Masak lagi sehingga betul-betul empuk.
  6. Boleh letak serbuk perasa dan budu.
  7. Lepas tu tutuplah api. Boleh dihidangkan.

Nota: Garam dan asam tidak dimasukkan awal untuk elak daging jadi liat.

Nampak menggiurkan kan Daging Singgang Kelantan ini. Jadi bagi anda yang nak mencuba resepi ini, bolehlah mencuba. Tak menyesal punya sebab memang menjadi. Yang penting jangan derhaka resepi ye!

SELAMAT MENCUBA!

Baca juga : Cara Buat Singgang Tulang Yang Sedap, Habis Licin Kuah Satu Mangkuk, Nikmat Sangat!

5/5 (1 Review)
Download WordPress Themes Free
Download WordPress Themes Free
Premium WordPress Themes Download
Download WordPress Themes Free
udemy free download
download intex firmware
Tags: dagingSinggang dagingSinggang daging Kelantan
ShareTweetSend

Related Posts

resepi nasi goreng cabai
Masak Apa Hari Ini?

Resepi Nasi Goreng Cabai Tumbuk Dengan Isi Ikan, Menggamit Memori Masakan Dulu

Mac 27, 2023
18
ikan masak cuka
Masak Apa Hari Ini?

Resipi Dari Arwah Mak Cara Buat Ikan Masak Cuka Jadi Rasa Lagi Mantap! Boleh Masak Untuk Iftar & Sahur

Mac 27, 2023
45
cucur nasi jejari ketam
Masak Apa Hari Ini?

Cucur Nasi Jejari Ketam, Sesuai Buat Moreh Makan Dengan Teh O Panas. Memang Ngam!

Mac 27, 2023
8
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist