Yuhuuuu dah lunch kan semua? Saja Kak M nak kongsikan resepi ikan pari bakar bersambal yang SEDAP dan MUDAH je nak buat ni. Sesuai sangat untuk menu makan tengah hari. Makan pulak dengan sambal kicap cili api dan nasi pepanas. Perghhhhh pengsan sedapnya. Berpeluh-peluh!

Awak boleh try resepi ni tau. Seriyes tak menyesal. Jom tengok camne nak buat.

TIPS: Selalunya kalau beli ikan pari, Kak M akan cium dulu, kalau baunya tak OK dan hancing, Kak M tak beli, sebab nanti akan rosakkan rasa masakan.

Bahan-bahan diperlukan:

  • 2 potong isi ikan pari sederhana besar dilumur garam
  • 4 biji bawang merah dikisar
  • 3 biji bawang putih dikisar
  • 1/2 inci lengkuas
  • 3 batang serai dikisar
  • 3 sudu besar cili kering kisar
  • Sikit air asam jawa
  • Gula melaka
  • Garam bukit
  • 4 helai daun limau purut dihiris halus
  • Daun pisang atau daun kunyit

Cara-cara penyediaan & memasak:

  1. Bersihkan ikan pari dengan limau nipis dan garam. Perapkan sekejap untuk bagi hilang hanyir.
  2. Blendkan cili kering kisar, bawang merah, bawang putih, lengkuas, dan air asam jawa.
  3. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan kisar tadi sampai naik minyak.
  4. Gaul rata rata masukkan gula merah dan garam secukup rasa.
  5. Bila dah garing , angkat dan ketepikan.
  6. Alas daun pisang atau daun kunyit atas aluminium foil.
  7. Letak ikan pastu letakkan sambal atas dan seluruh ikan.
  8. Last tabur daun limau purut yang di hiris halus.
  9. Lepas tu bakar ikan sampai masak. Kak M masak masak ikan dalam magic pan aje. Senang dan cepat!
  10. Masak lebih kurang dalam 30 minit dalam magic pan.
  11. Dah siap… Boleh hidang dah!
5/5 (2 Reviews)
(This post has been visited 50 times!)