Resepi kek coklat mudah, hanya perlu pakai senduk sahaja. Mudah, tak payah guna mixer. Tup tup dah siap! Gebu pulak tu. Anak-anak pasti suka. Jom cuba!
Kek Coklat Mudah Tak Perlu Guna Mixer, Pakai Senduk Je Tapi Tetap Gebu
Bahan-bahan:
- 3 biji telur
- 1 cawan gula mana yg suke manis tambah lg
- 1 cawan minyak
- 1 cawan 1/2 tepung naik sendiri + 1 sk soda bikarbonat
- 1/2 cawan serbuk koko
- 1/4 cawan air panas
#kalau tiada tepung naik sendiri, boleh pakai tepung gandum + 1sk soda bikarbonat dan 1 sk baking powder, diayakkan.
Cara-cara:
- Masukkan telur dan gula. Kacau dengan senduk. Tak perlu sehingga kembang.
- Masukkan minyak pula, kacau sampai sebati.
- Kemudian masukkan tepung.
- Masukkan serbuk koko, kemudian kacau perlahan-lahan sampai sebati.
- Masukkan air panas.
- Macam ni rupanya. Masukkan loyang saiz 7. Bakar pada suhu 170 celcius selama 50 minit atau kukus 40 minit.
- Siap!
Selamat mencuba!
Kredit resepi: Azlina Ina