Sejak akhir-akhir ini banyak resepi viral yang telah dikongsikan seperti Dalgona Coffee.
Okay kali ini kita try buat kek milo viral ni pulak. Guna 3 bahan je untuk buat kek milo ni.
Jom cuba!
RESEPI KEK MILO
Bahan-bahan:
- 2 cawan milo
- 4 biji telur
- 2 sudu susu pekat / 2 sudu gula
Cara-cara:
- Blend-kan semua bahan sehingga sebati.
- Letakkan dalam loyang.
- Kukus selama 30 minit.
- Siap!
Sedikit petua: Penutup pengkus tu balutkan dengan kain bersih supaya air tak menitik ke dalam loyang kek.
Selamat mencuba!
Sumber: Wan Ruzita (Facebook)
Kalau tak nak makan Kek Milo yang ni. Boleh juga cuba resepi Apam milo yang gebu gebas ni.