Lauk dah ada untuk makan tengahari. Untuk sayur masih lagi terfikir-fikir nak buat sayur masak apa kan. Saya nak kongsikan dengan anda semua resepi sayur yang terlajak senang gitu. Resepi bendi goreng udang kering. Sangat-sangat senang dah menjimatkan.

Berikut merupakan resepi untuk memasak bendi goreng udang kering:

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Udang kering
  • Bawang putih
  • Cili padi
  • Bendi
  • Garam

Cara-cara memasak:

  1. Tumbuk udang kering hingga halus. Kemudian masukkan bawang putih dan tumbuk hingga halus.
  2. Masukkan cili padi, tumbuk hingga halus.
  3. Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan tumbuk hingga naik bau.
  4. Masukkan bendi. Perasakan hingga cukup rasa.
  5. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba resepi ini. Cuba jangan tak cuba. Belum cuba belum tahu.

Tonton video di bawah untuk mengetahui cara-caranya:

Kredit: Mila Campak Campak

 

4/5 (1 Review)
(This post has been visited 74 times!)