Sebut sahaja Mee Rebus Terengganu mesti digemari dan disukai ramai dengan kelainan rasanya yang unik. Resepi untuk membuat mee rebus ala terengganu juga sangat senang dan mudah untuk dipelajari. Berikut merupakan resepi untuk memasak Mee Rebus Ala Terengganu yang sedap:

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 bungkus mee (400g)
  • dicelur sekejap dalam air panas
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 1.5 sb lada hitam
  • 1 bahagian dada ayam
  • sayur-sayuran pilihan (carrot, tomato, sawi, jagung kecil, kobis bunga)
  • 3 biji telur
  • 700ml air
  • 1 – 2 sb garam

Cara-cara memasak Mee Rebus Ala Terengganu:

  1. Kisar halus bawang putih, bawang merah, dan lada hitam dengan sedikit air.
  2. Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.
  3. Masukkan 700ml air dan biar sehingga mendidih.
  4. Masukkan dada ayam, sayur-sayuran pilihan (carrot, tomato, jagung kecil, kobis bunga), dan telur. Kemudian, tutup dan biar selama 5 minit.
  5. Masukkan sedikit garam, sawi, dan cili merah.
  6. Untuk penyediaan Mee: Celur mee selama 1 atau 2 minit, kemudian tapis.

 

Selamat Mencuba.

Tonton video ini untuk mengetahui cara-cara penyediaannya:

Kredit resepi: Limau Nipis

 

5/5 (2 Reviews)
(This post has been visited 69 times!)