Pada post kali ini, kami akan kongsikan satu resepi mudah iaitu Resepi Sambal Sardin. Resepi yang teramat ringkas dan bahan-bahannya sangat senang untuk diperolehi.

Kebiasaannya masak ikan sardin dengan cara panaskan kan je kan? Hari ini kita upgrade sikit buat kuah sambal. Confirm dapat menambahkan selera anda. Berikut adalah resepi untuk memasak sambal sardin:

 

Resepi Sambal Sardin

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Ikan sardin
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili kering
  • Asam keping
  • Sos cili
  • Garam

 

Cara-cara Memasak:

  1. Gorengkan ikan sardin dengan sedikit minyak terlebih dahulu. Kemudian ketepikan.
  2. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili padi sehingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan cili kering kisar dan masak sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan asam keping, sos cili dan garam secukup rasa.
  5. Kemudian masukkan ikan sardin dan siap untuk dihidangkan.

 

Selamat mencuba resepi ini. Cuba jangan tak cuba. Belum cuba belum tahu.

Tonton video ini untuk mengetahui cara-caranya:

Kredit: Mila Campak Campak

4/5 (1 Review)
(This post has been visited 151 times!)