Mesti semua tertanya-tanya resepi apa yang akan dikongsikan hari ini. Harini kita akan tunjukkan cara-cara untuk membuat sayur goreng dengan tofu telur. Dengar nama resepi macam susah je kan untuk disediakan tapi ianya tidak sesuasah itu.  Bahan-bahan penyediaannya amat mudah untuk didapati dan disediakan.

Bahan-bahan sayur goreng dengan tofu telur:

  • bawang merah
  • bawang putih
  • cili padi
  • sayur campur
  • tofu yang telah digoreng

 

Cara-caranya: 

  1. Goreng Tofu telur sehingga garing
  2. Tumis bawang putih, bawang merah dan cili padi
  3. Masukkan sayur campur dan goreng
  4. Masukkan perencah sesedap rasa
  5. Akhir sekali masukkan taufu telur yang telah digoreng tadi

Tonton video untuk mengetahui cara-caranya:

Selamat mencuba

 

Kredit: Mila Campak Campak

5/5 (1 Review)
(This post has been visited 56 times!)