Resepi kari daging ini sangat mudah dan sesuai kalau ada yang teringin nak makan kari tapi tiba-tiba lupa nak beli santan. Resepi ini dikongsi oleh Zurina Zulkefli di laman Facebook.

BAHAN – BAHANNYA ADALAH :

  • 2 biji bawang merah
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 biji tomato
  • 2 biji kentang
  • 1 lobak merah
  • 3 tangkai lada kering
  • 4 tangkai cili hijau
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 2 hirisan halia (ditumbuk)
  • Serbuk kari daging baba’s
  • Serbuk cili baba’s

CARA PENYEDIAAN :

  1. Panaskan minyak masak di dalam periuk, lansung tumiskan bawang putih, halia, bawang merah, lada kering, cili hijau, dan daun kari.

2. Kemudian masukkan tomato dan masak sehingga tumisan menjadi lembap.

3. Masukkan air asam jawa. Kalau takde asam jawa, boleh guna yogurt

4. Dari kiri, serbuk kunyit, serbuk cili, serbuk kari, dan akhir sekali serbuk jintan dan biji ketumbar (ditumbuk).

5. Masukkan semua serbuk rempah ke dalam masakan. Gaul rata.

6. Masukkan daging, lobak merah dan kentang. Gaul sebati dengan rempah.

7. Biarkan jus daging keluar pada suhu api paling kecil.

8. Tutup periuk dan biarkan selama 10 minit

9. Jus daging telah keluar dan masukkan semangkuk kecil air. Biarkan dan api masih suhu paling kecil.

10. Akhir sekali perasakan dengan garam. Sedia dihidang dengan nasi panas.

Selamat mencuba !

Sumber : Facebook MAHN

Anda juga boleh melihat 1 resepi untuk 3 jenis roti. Sesuai untuk minum petang.

 

 

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 1,657 times!)