Tengok gambar pun dah terliur kan? Resepi muffin coklat chip yang gebu dan gemuk ni memang wajib dicuba. Kalau tak termimpi-mimpi nanti kan susah pulak! Hehe.

Resepi Muffin Coklat Chip Guna Sukatan Cawan, Memang Gemuk Dan Gebu!

Bahan A:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sdk soda bikarbonat
  • 1sdk baking powder
  • 1/2 sdk garam halus
  • 1/4 cawan coco powder

Bahan B:

  • 1 biji telur gred A
  • 1 cawan susu sejat @ susu full cream
  • 1/3 cawan minyak jagung ( sy guna minyak masak je )
  • 1 sdk esen vanilla
  • Cip coklat 3/4 cawan

Cara buat:

  1. Satukan ke semua bahan A tadi dalam satu bekas dan gaul sampai sebati semuanya.
  2. Dalam bekas yg lain, pukul telur menggunakan whisk. Pukul-pukul manja je.
  3. Masukkan susu cair, esen vanilla, minyak & sebatikn smua adunan kmudian masukn cip coklat gaul² kejap
  4. Masukkan bahan² A tadi yang telah di sebatikn ke dalam adunan bahan B & gaul bagi sebati.
  5.  Tuang adunan ke dalam cawan cup cake & bakar pada suhu 160c selama 20 – 25 minit ( cup saiz L ) & untk cup saiz M bakar dalam 15 minit.
  6. Siap!

Nota: Jangan kacau lama sangat ye adunan tu cukup sekadar bagi sebati je kalau tak nanti muffin jadi keras serta kering.

Kredit: Azzu Riana

Selamat mencuba!

2/5 (1 Review)
(This post has been visited 2,995 times!)