Nasi ayam memang sangat digermari terutamanya kanak-kanak namun ada ibu bapa tidak tahu Resepi Nasi Ayam. Tak larat hari-hari nak makan kat kedai kan.

Kadang-kadang dapat yang macam-macam kurang. Nasi tak sedap, ayam tawar, sambal tak kena dengan selera dan banyak lagi yang tak kena.

Jadi harini admin nak kongsikan resepi yang sangat mudah untuk membuat nasi ayam dirumah korang. Bahan-bahan susah ke nak dapat? Tak. Bahan-bahan sangat mudah diperolehi.

Mungkin ada duk tertanya-tanya susah lah nak buat nasi ayam, rumit lah. Sebenarnya tak susah pun. Resepi yang admin kongsikan ini sangat ringkas dan menjimatkan masa korang semua.

Resepi Untuk Ayam

Bahan-Bahan

  • 1 ekor ayam
  • 2 inci halia
  • 4 ulas bawang putih
  • 5-6 ulas bawang merah

Bahan Perap

  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1-2 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1-2 sudu besar madu
  • 1 sudu besar minyak bijan

Cara-Cara Memasak

  1. Kisar halia dan bawang putih dan bawang merah.
  2. Perap ayam dengan bahan kisar selama 30 minit(kalau belum cukup kerana saiz ayam besar, boleh tambah)
  3. Didihkan air di dalam periuk dan masukkan ayam tadi dan perlahankan api sehingga ayam setengah masak.
  4. Kemudian angkat ayam tadi dan perapkan dengan bahan perap seketika.
  5. Lumur rata dan biarkan ayam sekurang kurangnya satu jam.
  6. Goreng ayam secara deep fry atau di dalam periuk yang dalam sehingga minyak menenggelami ayam.
  7. Setelah masak, keluarkan ayam dan toskan minyak.

Resepi Untuk Nasi

Bahan-Bahan

  • 2 sudu besar mentega – tak guna
  • Ketulan lemak ayam – panaskan dan ambil minyak ayam – saya tambah
  • 5 ulas bawang merah – tumbuk
  • 3 ulas bawang putih – tumbuk
  • 2 inci halia – tumbuk
  • 2 helai daun pandan
  • 1 helai daun salam (bay leave)
  • 1/4 cawan susu full cream
  • 1/2 – 1 kiub serbuk pati ayam
  • 1 sudu kecil garam
  • Secubit gula
  • Rempah penumis – 3 bunga lawang, 4 buah pelaga, 2 kulit kayu manis

Cara-Cara Memasak

  1. Basuh beras wangi, tos dan masukkan ke dalam rice cooker.
  2. Sementara itu, masukkan mentega (saya guna minyak ayam) kedalam kuali. Kemudian tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah ditumbuk, bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, daun pandan dan daun salam.
  3. Biarkan sehingga naik bau. Kemudian masukkan air rebusan ayam tadi, susu full cream, garam, serbuk pati ayam dan secubit gula.
  4. Biarkan hingga mendidih seketika Kemudian tuangkan kedalam periuk berisi beras tadi. Sekiranya kurang air, tambahkan sedikit air.
  5. Masak sehingga nasi betul-betul masak.

Resepi Sambal Cili

Bahan-Bahan

  • 5 tangkai cili padi merah siam – saya guna cili merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia – saya tambah
  • 1 sudu kecil cuka
  • 1 sudu kecil garam atau secukup rasa
  • 1 sudu kecil gula atau secukup rasa
  • 1/2 cawan air rebusan ayam – saya tambah
  • Sos tomota

Cara-Cara Memasak

  1. Kisarkan cili padi merah siam dengan halia dan bawang putih.
  2. Masak di dalam kuali. Masukkan gula, garam dan cuka secukup rasa. T
  3. ambah sedikit air rebusan ayam.
  4. Masak dengan api kecil sehingga pekat.

Resepi Sambal Kicap

Sambal Kicap

  1. Air kicap lebihan perapan ayam tadi dimasak di dalam kuali sehingga mendidih.
  2. Perasakan dan tambahkan garam dan gula.

Resepi Sup

Bahan-Bahan

  • Jeruk kubis
  • Garam
  • Serbuk pati ayam
  • Daun bawang – tabur
  • Bawang putih goreng – tabur

Cara-Cara Memasak

  1. Separuh air rebusan ayam dimasak semula dan campurkan jeruk kubis, garam dan serbuk pati ayam.
  2. Taburkan bawang goreng dan daun sup yang dihiris halus(pilihan).

Apabila semua telah siap, bolehlah dihidangkan bersama. Kan senang tu kan untuk buat nasi ayam. Paling penting kepuasan korang semasa makan nasi ayam tu.

Selamat mencuba. Belum cuba belum tahu. Sekali cuba, hari-hari mahu.

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 123 times!)