Oden ialah sejenis makanan musim sejuk bagi masyarakat jepun yang dimasak di dalam sup. Kiranya lebih kurang macam yong tau fu lah tapi ianya lebih berkuah dan hidangan oden ini mula popular di Malaysia sejak diperkenalkan di Family Mart hinggakan orang ramai rela untuk beratur panjang demi menikmati oden.

Jadi, hari ini saya nak kongsikan cara untuk memasak oden sehingga menjilat jari, cuba buat sekali, confirm hari-hari nak buat lagi. Baiklah, ia juga mendatangkan banyak kebaikan kerana selepas ini anda tak perlu jenuh untuk beratur lagi sebabnya anda boleh buat sendiri kuah oden di rumah. Jom baca cara-cara membuat oden ini dengan sebaik mungkin.

Bahan-bahan:

  • 10 cawan air,
  • 2 paket perencah tom yam,
  • 1 1/2 paket perencah asam pedas,
  • 1 sudu gula,
  • Garam secukup rasa,
  • Lidi sate,
  • Fish ball,
  • Fish cake,
  • Lobster,
  • Fish sandwich

Cara-cara:

  1. Anda mestilah memasukkan 10 cawan air ke dalam periuk nasi, Tapi jika anda suka kuah yang cair, boleh lebihkan airnya kerana ia mengikut citarasa anda sendiri.
  2. Kemudian, masukkan semua perencah tom yam, perencah asam pedas, gula dan garam. Kacau sehingga rata.
  3. Tutup periuk nasi dan biarkan sehingga ianya mendidih.
  4. Sementara tunggu kuah mendidih, anda boleh cucukkanfish ball, fish cake, dan sebagainya dengan lidi sate.
  5. Apabila kuah dah mendidih, boleh masukkan semua bahan yang telah dicucuk tadi ke dalam kuah. Tutup dan biarkan ia masak.
  6. Boleh dihidangkan!

Itu sahajalah cara-cara membuat oden dengan mudah . Apa tunggu lagi, jom cuba! Semoga bermanfaat ya .

 

 

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 680 times!)