Resepi Oreo Cheesecake yang tak perlu dibakar serta mudah sangat disediakan. Cuma perlu sejukkan dalam peti ais sahaja. Cheesecake ini sangat lembut, berkrim, rasanya tidak mudah dan rasa seperti aiskrim bila dimakan sejuk-sejuk!

Buat peminat oreo dan cheese, anda pasti suka. Selamat mencuba!

Bahan-bahan:

Bahan-bahan untuk lapisan bawah (crust):

  • 12 biji oreo (asingkan inti gula)
  • 2 sudu besar / 30g butter unsalted

Bahan-bahan untuk lapisan tengah (filling):

  • 250g cream cheese
  • Inti gula (dari 12 biji oreo di atas)
  • 2 sudu besar gula kastor / 28g gula kastor
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 3/4 sudu besar serbuk gelatin
  • 200ml whipping cream
  • 6 biji biskut oreo (dipatahkan)

Bahan untuk serbuk lapisan atas:

  • 5 biji biskut oreo (buang inti gula)

Cara-cara:

Bahagian 1 – lapisan bawah (crust):

Asingkan biskut dan inti gula, 12 biji oreo.

Masukkan biskut ke dalam plastik. Dan hancurkan menggunakan lesung batu sehingga menjadi serbuk kasar.

Cairkan butter. Dan gaul sekata bersama serbuk biskut oreo tadi.

Gunakan loyang saiz 6 inci. Masukkan campuran serbuk biskut dan butter tadi. Ratakan dan tekan-tekan sedikit. Jangan tekan sehingga terlalu padat supaya tidak keras.

Sejukkan dalam peti ais sementara membuat bahan-bahan lain.

Bahagian 2 – lapisan tengah (filling):

Lembutkan cheese. Kemudian tekan sehingga hancur.

Masukkan inti gula yang dari oreo bahagian 1 tadi. Dan gaul sebati.

Kemudian masukkan gula kastor, esen vanilla, jus lemon dan gelatin. Kacau sebati.

Pukul whipping cream dan kacau sehingga kental sedikit. Jangan terlebih kacau.

Masukkan whipping cream yang telah dipukul ke dalam adunan cheese tadi dan gaul sekata.

Masukkan biskut oreo yang dipatah-patahkan dan gaul sebati. Kemudian tuangkan ke dalam lapisan bawah yang dikeluarkan dari peti ais. Dan jangan lupa ratakan.

Bahagian 3 – serbuk lapisan atas:

Untuk dapatkan serbuk tersebut, buat macam bahagian 1 tadi. Tabur sekata atas adunan dan ratakan.

Balut dengan plastic wrap dan sejukkan semalaman.

Siap!

Selamat mencuba!

Sumber: Che Nom (Youtube)

4.7/5 (3 Reviews)
(This post has been visited 6,343 times!)