Ini dia resepi puding lumut butter 2 layer yang mudah untuk disediakan dan sedap. Letak dalam peti ais, lepastu makan. Memang menjadi.

BAHAN PUDING LUMUT:

  • 1 paket serbuk agar² |10gm
  • 150 gm gula pasir
  • 125 gm santan pekat
  • 550 ml air
  • 100 ml jus pandan dari 10 helai pandan
  • 2 biji telur | pecahkan, kacau lebih kurang sahaja menggunakan garpu
  • 1/4 sdt garam
  • 1 sdt esen vanilla
  • 1 sdt pewarna hijau

CARA PENYEDIAAN :

  1. Satukan kesemua bahan, kacau sebati.. tapis jika perlu
  2. Didihkan dengan api perlahan
  3. Kacau sesekali sahaja
  4. Apabila lumutnya timbul di permukaan, tutup api dan biarkan wap panasnya hilang
  5. Tuang ke dalam acuan/loyang
  6. Sejukkan

*utk loyang brilliance nordicware ni opah buat 1 1/2 adunan puding lumut

BAHAN PUDING MENTEGA

Bahan A:

  • 3 biji kuning telur
  • 100 gm mentega dicairkan
  • 1 sdt esen vanilla
  • 1/2 tin susu pekat manis

*kacau sebati menggunakan whisk/ketepikan

Bahan B :

  • 1 paket serbuk agar²
  • 4 sdb gula pasir
  • 550 ml air

CARA PENYEDIAAN :

  1. Masak Bahan B sehingga larut dan meruap²
  2. Kemudian masukkan Bahan A, kacau sebati
  3. Biarkan mendidih/tutup api
  4. Tunggu sehingga wap panasnya hilang, tuang ke atas puding lumut
  5. Sejukkan

*cakar2 sedikit permukaan Puding Lumut baru tuang adunan Puding Mentega

SELAMAT MENCUBA !

Sumber : Facebook Mas Cotek

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 598 times!)