Sambal Kicap sangat sesuai dinikmati bersama dengan Mihun Sup, Pisang Goreng, Tauhu Bergedil, Soto dan pelbagai lagi menu lain. Nak buat Sambal Kicap yang sedap, bukan main buat je. Ada caranya tau. Kalau ikut cara ini memang sedap, sekali rasa boleh teringat sampai bila-bila.
Nak cuba buat? Jom kita ikuti perkongsian dari Ben Safwan ini. Katanya ini adalah resepi dari Sarawak dan diolah semula mengikut seleranya. Jom kita cuba buat!
Cara Buat Sambal Kicap Special Yang Mudah
Bahan-bahan:
- 6 ulas bawang putih | bakar sekejap
- 1 sudu makan gula
- 4-5 biji limau kasturi buang biji
- 250 ml kicap manis Jalen
- 1 sudu makan minyak cili berserta bahan gorengan
Cara Penyediaan:
- Tumbuk bawang putih lepas tu cili thai dan gula. 85%-90% lumat.
- Kemudian campur dalam mangkuk. Perah asam limau kasturi dan masukkan kicap dan minyak cili.
- Siap. Bolehlah cicah dengan daging bakar atau apa-apa hidangan lain.
Mudah sahaja kan nak buat Sambal Kicap special ini? Bahan yang digunakan juga sangat mudah didapatkan. Nak tahu betapa istimewanya sambal ini, jomlah kita buat sekarang. Sekali rasa memang boleh bawa masuk mimpi ni.
Selamat mencuba!
Kredit: Ben Safwan Via MATJHN
Baca juga: Resepi Sambal Kicap Ala Orang Johor, Wajib Ada Dalam Peti Sebab Serbaguna & Sedap Mengancam