Tengah masak dessert ke tu? Kak M tak sempat nak buat dessert arini, padahal semalam dah berkobar-kobar nak buat dengan bahan-bahan semua dah beli.

Sibuk terkejar sana sini masak tadi tengok-tengok dah pukul 3. Memang hai hai bai bai je la sebab hari ni nak hantar si puteri bongsu ni balik asrama.

So arini Kak M share resepi yang paling-senang-campak-campak-dah-siap. Nak tunjuk sikit cara mudah membuat sotong bakar versi express. Resepi ini sesuai sangat untuk orang orang yang nak menu yang cepat tapi sedap.

Nama resepi pun express kan?

Okey, moh kita mula masak.

RESEPI SOTONG BAKAR EXPRESS


Bahan-bahan:
1kg sotong size besar
1 sudu besar pes tomyam
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar gula
Secubit secukup rasa
Secubit garam

Cara-cara:
1. Cuci sotong bersih dan kelar-kelarkan badan dia.
2. Gaul semua bahan perapan dan sapukan pada sotong.

 

Gaul semua bahan bahan perapan tadi.

3. Perap dalam 10 – 15 minit.

4. Panaskan magic pan dengan sikit minyak. Kak M guna magic pan sebab cepat dan senang.

Dah panas letakkan sotong

5. Bolehlah mulakan sesei bakar membakar korang tu.

Masak hingga sos agak pekat dan kering sikit.

6. Terbalik – balikkan ikut keperluan. Jangan risau hangit sebab magic pan ni memang tahan hangit.
7. Dah siap. Hidangkan dengan hirisan lemon.

Dah siappp. Boleh hidangkan dengan hirisan lemon. Sedap??

TIPS : Jangan masak lama sangat tau sebab sotong akan jadi keras kalaumasak lama.
.
#kakMmasak

(This post has been visited 1 times!)