Sebelum ini kita hanya biasa mendengar ayam buttermilk yang kurang pedas sahaja kan? Apa kata jom cuba masak Sotong Buttermilk Spicy pula. Rasanya pasti tidak mengecewakan, lagi-lagi buat peminat pedas. Selamat mencuba!
Jom Cuba Masak Sotong Buttermilk Spicy, Rasa Memang Padu & Tak Muak
Bahan-bahan:
- Sotong
- Tepung
- Telur
- Butter
- Daun Kari 10
- Cili Padi 5 (cincang)
- Bawang Putih 3 (cincang)
- Susu Cair 1 atau 2 cawan
- Tepung Jagung 1 sudu atau Cheese untuk pekatkan kuah
- Serbuk kunyit satu cubit kalau nak bagi kekuningan
Cara-cara:
- Untuk goreng sotong, buat double coating.
- Celup sotong dengan campuran tepung, telur dan air sikit. Kemudian celup balik dengan tepung (kering).
- Goreng dalam minyak panas sehingga masak dan garing.
- Tumiskan butter, daun kari dan cili padi.
- Kemudian masukkan susu cair, tepung jagung/cheese dan serbuk kunyit (jika suka).
- Masukkan sotong yang sudah digoreng tadi. Gaul sebati.
- Selamat mencuba!
Kredit: ASH (Foodhunter) @Ashril_92