Sebelum ini kita hanya biasa mendengar ayam buttermilk atau udang buttermilk sahaja kan? Apa kata jom cuba masak Spicy Buttermilk Spaghetti pula. Rasanya pasti tidak mengecewakan. Untuk mengelakkan rasa muak, boleh lebihkan cili padi dan chili flakes mengikut selera masing-masing. Selamat mencuba!
Jom Cuba Masak Spicy Buttermilk Spaghetti, Rasanya Memang Sedap & Tak Muak
Bahan-bahan:
- Butter 2 sudu besar
- Daun Kari 10
- Cili Padi 5 ( cincang )
- Bawang Putih 3 ( cincang )
- Susu Cair 1 atau 2 cawan
- Tepung Jagung letak sikit then kacau tengok pekat kuah
- Serbuk kunyit satu cubit
- Udang/sotong
Cara-cara:
- Cairkan butter. Masukkan daun kari, bawang putih dan cili padi. Tumis sehingga naik bau.
- Kemudian masukkan udang/sotong. Gaul sehingga lauk masak.
- Mauskkan susu cair, kemudian masukkan tepung jagung. Kacau sehingga kuah pekat.
- Masukkan juga sedikit serbuk kunyit. Gaul sebati.
- Siap!
- Selamat mencuba.
Kredit: Ashril_92