Tak ramai yang biasa dengan resepi udang lipan ini. Siapa pernah makan udang lipan? Bahasa orang putihnya ialah Mantis Shrimp. Ada juga yang panggil udang ketak atau udang mentadak. Tapi nama paling glamour dia udang lipan. Mungkin sebab bentuk badan dia yang ada ruas-ruas macam lipan kot.

Hari ini Kak M nak share macam mana cara nak siang udang lipan ini. Eh tapi serius tau kulit dia keras betul berbanding dengan udang biasa tu!

Tips siang udang lipan:

  1. Nak siang udang lipan, awak kena guna gunting tajam baru senang.
  2. Gunting bahagian kepala udang ini yang bentuk dia macam mentadak.
  3. Pastu gunting pula bahagian kaki-kaki dia yang berjurai dan juga kaki belakang yang macam paddle tu.
  4. Last sekali, gunting bahagian tepi ekor dan juga bahagian tepi udang ini yang berduri. Haa yang ini kena hati-hati tau sebab duri dia tajam dan sakit kalau kena!

Resepi Udang Kung Pao

Resepi Udang Kung Pao Simple

Resepi Udang Lipan

Resepi Udang Mantis Shrimp

Resepi Udang Lipan

Lepas 2 hari dapur tak berasap sibuk ke sana kemari, tengahari tadi Kak M masak udang lipan masak Kung Pao. Masak campak-campak namanya sebab nak cepat. Pada Kak M isi udang lipan ini sedap, rasanya setanding la dengan isi udang biasa. Rasa dia macam kombinasi isi udang dan ketam.

Bahan-bahan diperlukan:

  • Udang lipan
  • 4 ulas bawang putih – ditumbuk
  • 1 inci halia – ditumbuk
  • 5-6 tangkai cili kering – boleh dipotong 1 inci
  • 2-3 sudu besar sos cili
  • 2-3 sudu besar sos tiram
  • 1-2 sudu kicap pekat
  • 1 biji bawang Holland – dibelah 4 atau 6 (tengok pada saiz)
  • Capsicum – di dadu besar
  • ½ cawan air – boleh kurang atau lebih ikut suka
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis

Goreng Udang Lipan

Cara-cara penyediaan & memasak::

1. Goreng dulu udang lipan yang dah di siang tadi. Angkat.
tak perlu garing.
2. Kurangkan minyak dalam kuali pasti goreng cili kerang plak. Angkat.
3. Tumis bawang putih dan halia sampai garing. Jangan hangus.
4. Masukkan campuran sos cili, kicap pekat dan sos tiram, tuang air.
5. Bila dah didih masukkan udang yang dah digoreng tadi. Kacau udang dan sos tadi hingga rata.
6. Masukkan bawang besar dan capsicum yang sudah di dadu. Gaul sekejap dah siap!

Hasil Akhir Resepi Masakan Udang Lipan

P/S: Kak M tak tambah garam atau gula sebab rasa macam dah just nice.
P/S/S: Bebudak suka tau resepi ni, nak gantikan udang tu dengan ayam pun boleh. Selamat mencuba!

3.5/5 (2 Reviews)
(This post has been visited 77 times!)