Pada post kali ini kami ingin kongsikan resepi membuat aiskrim homemade. Sudah pasti aiskrim adalah makanan kegemaran anak-anak, jika anda boleh buat sendiri dirumah sekali gus dapat mengawal kadar gula dan kebersihan aiskrim tersebut. Resepi ini sangat mudah, sihat dan sedap dimakan.

BAHAN-BAHAN

  • 1 cawan 1/2 susu segar
  • 1 cawan susu cair
  • Segenggam badam
  • Segengam kismis
  • Sedikit susu pekat (saya tak letak sebab tak nak manis)
  • Coklat atau perisa lain ikut suka
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu besar ovalette

Ini bahan-bahannya. Cuma susu cair terlupa nak masukkan dalam gambar. Serbuk sebelah kiri tu adalah badam dah siap dikisar. Kismis pun siap direndam dan ditapis. Yang oren tu ovalette. Beli di kedai baking atau pasaraya.

CARA-CARA

1. Rendam kismis

Kismis direndam dahulu selama sejam. Ketepikan. Dah lembut, sedia digunakan.

2. Sangai dan kisar badam

Sementara itu, sangai badam sehingga agak masak dan keperangan.

 

3. Satukan dan kisar semua bahan

Satukan semua bahan tadi termasuk kismis yang sudah ditapis air rendaman tadi, kemudian blend sekejap.

Bila kismis sudah hancur, ambil bancuhan dan letak ke dalam pemutar kek. Putar sehingga gebu dalam 15-20 minit. Boleh je kalau nak gunakan blender saja jika tiada pemutar kek, Kisarkan selama beberapa minit lagi. Cuma mungkin hasilnya kurang gebu sedikit.

 

 

Pukul sebiji telur bersama ovalette sehingga gebu. Kemudian baru dimasukkan susu dan bahan-bahan lain. Jangan risau, tak ada rasa atau bau hanyir.

 

4. Sejukkan

Akhir sekali setelah selesai, bolehlah dimasukkan ke dalam bekas dan sejukkan di bahagian freezer.

 

BEGINILAH HASILNYA

Kita yang dewasa pon berebut aiskrim ni. Lemak manis dan rasa lebih natural. Memang segar dan sejuk tekak!

Jadi, lepas ni tak payahlah beli aiskrim selalu. Buat sendiri lebih sedap dan sihat tau. Anak-anak mesti suka. Lagipun, cara membuatnya sangat mudah dan berbaloi.

Selamat mencuba!

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 11 times!)