Pada post kali ini kami akan kongsikan resepi Roti Kirai Sedap dan Lembut Dahlia’s Kitchen. Mesti ada yang tertanya-tanya kan apa itu roti kirai dan mesti juga dah ada yang tahu apa itu roti kirai kan? Roti kirai atau nama lainnya adalah roti jala. Sesetengah tempat mereka menyajikan roti kirai atau roti jala bersama gulai daging tetapi ade juga yang menyajikannya bersama gulai ayam.

 

Roti Kirai Sedap dan Lembut Dahlia's Kitchen

ROTI KIRAI DAHLIA’S KITCHEN

Bahan-Bahan untuk 1Kg Tepung

  • 1 Kilo Tepung Gandum
  • 5 Biji Telur
  • 3/4 Tin Susu Cair
  • Air Secukupnya
  • Garam Secukupnya
  • Sedikit Pewarna Kuning.

Cara-cara Memasak:

  1. Masukkan tepung gandum, telur, susu cair dan garam. Gaulkan hingga sekata.
  2. Kemudian masukkan air secukupnya dan pewarna secukupnya.
  3. Kisarkan bahan adunan. Kemudian saringkan.
  4. Gorengkan adunan dan lipatkan yang sudah siap digorengkan, Siap untuk dihidangkan.

 

Selamat Mencuba. Cuba Jangan Tak Cuba Kalau Tak Cuba Tak Tahu.

Cara cara membuat sila rujuk pada Tutorial Video.

Kredit: Dahlia’s Kitchen

 

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 123 times!)