Yuhuuuu masak apa tengahari tadi? Angin “M” datang melanda Kak M hari ini sebab banyak kerja yang menimbun. Cuba tengok dekat bawah, nampak tak resepi yang Kak M telah cuba masak tadi. Sangat mudah dan rasanya pun sedap sehinggakan menjilat jari. Jom ikuti Kak M untuk masak resepi sambal ikan bilis tempoyak petai pujaan hati ramai ini.

Sambal Ikan Bilis Tempoyak Petai

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Ikan bilis (goreng garing)
  • 1 biji bawang besar
  • 1 batang serai di ketuk
  • 3 sudu besar pes cili kering
  • 3 sudu besar tempoyak
  • 3 papan petai
  • Garam & gula secukup rasa

Cara-cara penyediaan & memasak:

  1. Blend bawang besar dan tumis hingga naik minyak.
  2. Lepas tu masukkan pes cili kering. Masak sampai garing dan pecah minyak.
  3. Masukkan serai, petai dan tempoyak.
  4. Kacau sampai rata dan sebati.
  5. Masuk garam dan gula.
  6. Bila warna sambal dah cantik dan berminyak, petai pun dah masak terus tutup api.
  7. Dah tutup api baru masukkan ikan bilis goreng tadi.
  8. Kacau ikan bilis sampai rata.
  9. Dah siap dan boleh hidang.

Selamat mencuba. Tonton video di bawah ini untuk mengetahui cara cara penyediannya:

P/S: Eh jangan lupa masak nasi tau sebelum masak lauk ini hehehe!

5/5 (2 Reviews)
(This post has been visited 37 times!)