Siakap Stim Taucu, resepi yang berkhasiat menggunakan kaedah stim dan keistimewaan hidangan ini adalah terletak kepada rasa lemak dan masin daripada taucu yang dijeruk. Mendapat inspirasi dari masakan cina, pasti sangat lazat jika dimasak menggunakan ikan siakap yang segar dari pasar.

Taucu merupakan pes yang diperbuat daripada kacang soya yang telah direbus dan diperam. Masakan taucu secara umumnya dimasak oleh rakyat Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei. Ia digunakan sebagai rencah dan penyedap dalam masakan.

  • 1 ekor ikan siakap
  • 2 sudu besar taucu
  • 1 batang serai
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 biji cili padi
  • 1 biji tomato
  • 2 potong hirisan limau nipis

Bahan hiasan:

  • Hirisan daun bawang
  • Hirisan cili merah
  • Haun ketumbar

Cara Penyediaan:

  1. Gaulkan ikan bersama taucu dan sedikit garam.
  2. Taburkan bahan dihiris halus (kecuali tomato dan daun ketumbar)
  3. Kukus dalam pengukus selama 15 minit
  4. Kemudia masukan tomato dan daun ketumbar/daun sup
  5. Kukus lagi selama 5 minit. Angkat dan sedia untuk dihidangkan
  6. Nota: Berhati-hati ketika memasukkan garam, taucu sudah mempunyaI rasa masin yang kuat.

Selamat mencuba…

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 53 times!)