Spaghetti Carbonara berasal dari Italia dan kini berkembang ke luar Eropah. Spaghetti carbonara ialah pasta yang disajikan dengan sos yang berasaskan keju, telur , ayam/daging. Rasanya yang enak dengan cheese membuatkan ia menjadi kesukaan ramai walaupun harganya mahal. Rasa yang unik daripada pasta dan sos keju yang pekat pasti menambah selera. Ayuh kita tinjau resepinya!

Bahan-bahan

  • 1 paket pasta
  • Air
  • Garam
  • Minyak
  • 5 ulas bawang putih – cincang
  • 1 biji bawang besar – cincang
  • Daging Ayam Cincang
  • Lada Hitam
  • Secukup Rasa
  • Sos Pasta Prego (Carbonara Cendawan)
  • 2 sudu makan sup pekat ayam & cendawan (creamy chicken mushroom)
  • Gula
  • Hirisan Ayam Salad
  • Daun Bawang / Sup

Cara Memasak

  1. Tuangkan pasta ke dalam air rebusan (Letakkan sedikit minyak & garam dalam air – agar tidak melekat). Rebus sehingga lembut.
  2. Cucikan pasta dengan air.
  3. Tumiskan bawang putih dan bawang besar.
  4. Masukkan isi ayam cincang, lada hitam dan secukup rasa.
  5. Masukkan sos pasta (prego). Kacau rata
  6. Letak sedikit air.
  7. Masukkan sup pekat ayam & cendawan (creamy chicken mushroom)
  8. Masukkan gula dan hirisan ayam salad.
  9. Tuangkan ke atas pasta.
  10. Siap!!

Selamat Mencuba

 

Rujuk video di bawah

Sumber : Ani’s Home Recipe

 

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 14 times!)