Ada yang teringin makan makanan western tapi tak tahu mana nak cari dan harganya agak mahal? Haa! kami kongsikan resepi Spaghetti Carbonara buat anda semua. Spaghetti carbonara ini berasal dari Itali. Makanan ini sangat sesuai untuk dinikmati bersama kawan mahupun keluarga.

Bahan sos:

  • 1 biji bawang besar Holland cincang
  • 5 ulas bawang putih cincang
  • 5 btg sosej
  • 1 tin cendawan
  • 2 tin sos cendawan carbonara Prego
  • 1 liter susu segar
  • Lada hitam
  • Oregano flakes

Cara – Cara :

  1. Tumiskan bawang besar & bawang putih.
  2. Masukkan sosej dan cendawan butang yang telah dihiris.
  3. Taburkan sedikit oregano flakes & serbuk lada hitam.
  4. Tuangkan sos cendawan.
  5. Tuangkan susu. Perasakan dgn garam. Dan siap untuk dihidang.
  6. Spaghetti mcm biasa celur hingga lembut dengan masukkan sedikit minyak masak & garam.
0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 14 times!)