Blender atau mesin pengisar merupakan antara alat perkakasan yang sangat diperlukan jika para ibu atau sesiapa yang buat kerja dekat dapur. Sebab dengan menggunakan mesin pengisar ini semua kerja jadi mudah.
Tetapi apa yang menjadi masalah adalah apabila kita mempunyai satu sahaja mesin pengisar. Yang satu itulah kita gunakan untuk kisar bawang, cili, air buah dan kisarkan adunan kek.
Kadang-kadang kalau kita kisar air buah ada rasa bawang atau cili sekali. Memang kita dah cuci dan rendam dah, tapi bau dia tetap ada. Mungkin kita hanya basuh menggunakan sabun sahaja kot, oleh sebab itu bau dan rasanya masih melekat.
Apa kata selepas ini kita amalkan tips yang dikongsi oleh seorang wanita ini. Tips atau teknik yang dikongsi oleh wanita ini bukan sahaja dapat menghilangkan semua bau malah dapat menajamkan lagi pisau mesin pengisar tersebut.
Tips Bersihkan Pengisar Dengan Bahan Di Dapur Je, Hilang Semua Bau Dan Yang Penting Mata Pisau Semakin Tajam!
Bahan yang diperlukan:
- 2 sudu soda bikarbonat
- 2 sudu garam kasar
- Sabun pencuci | agak-agak sahaja
- 2 cawan air
Cara-Caranya:
- Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam pengisar.
- Kisarkan sampai berkilat, bersih dan hilang bau.
SEMOGA BERMANFAAT!
Kredit: Dapur Ibu