Ini ada tips mudah untuk mak-mak atau surirumah yang nak kilatkan periuk atau kuali yang hitam legam dekat dapur tu. Dua tiga kali sental, dah berkilat periuk tapi perlu ada tenaga yang kuat. Mungkin sedikit memenatkan, tapi bila lihat hasilnya memang hilang semua penat lelah memberus tu.
Sebenarnya tips ni pernah di amalkan oleh orang tua dulu-dulu. Tetapi mungkin ramai yang tidak tahu dan tak mengambil kisah. Tetapi cara ini mendapat perhatian ramai setelah dikongsi oleh seorang youtuber iaitu sugu pavithra.
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN
- Sabun cap buruh/sabun mandi
- Gosok periuk kasar
- Tenaga dan Kerajinan
CARA PENYEDIAAN:
- Lumurkan sabun buruh/mandi keliling kuali atau periuk.
- Pastu biarkan sebentar dlm 10minit
- Pastu apalagi keluarkan ko punya tenaga tu menyental.
- Ulang semula selagi tak bersih
Tips: Kalau tak larat, sambung buat benda lain dulu. Sementara nak tinggal tu, lumur dulu dengan sabun ye. Nanti kalau dah ada tenaga, sambung balik menyental.
SELAMAT MENCUBA!