Karipap pusing bila dimakan panas-panas memang terbaik! Yang pasti, sebiji memang tak cukup. Ramai yang anggap susah nak buat karipap pusing ni, sebenarnya mudah sahaja. Jom cuba buat menggunakan resepi perkongsian daripada Opah Mas Cote ini. Jom cuba!

Cara Buat Karipap Pusing

Bahan Doh Minyak:

  • 2 ½ cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan minyak masak – dipanaskan
  • Secubit garam
  • Air secukupnya (air suhu biasa)

Bahan Doh Marjerin:

  • 1 ½ cawan tepung gandum
  • 2 sudu makan shortening
  • 1/2 cawan marjerin atau lebih

Cara memasak:

  1. DOH MINYAK: Satukan semua bahan dan sebatikan. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga doh tidak lekat di tangan.
  2. DOH MARJERIN: Satukan semua bahan dan sebatikan hingga jadi doh.
  3. Rupa doh minyak dan doh marjerin yang telah siap diuli.
  4. Bulat-bulatkan doh minyak dan doh marjerin. Pastikan bilangannya sama banyak.
  5. Ambil satu doh minyak. Leperkan. Kemudian masukkan doh marjerin di dalamnya.
  6. Tutup doh. Bulatkan dengan sempurna sehingga jadi bulatan doh seperti dalam gambar di bawah. Kemudian rehatkan doh 5 minit.
  7. Ambil 1 doh dan canaikan.
  8. Kemudian sapu sedikit air di permukaan doh. Jangan banyak nanti doh lembik. Cukup sekadar calit-calitkan sahaja.
  9. Gulung doh tadi dan letak memanjang seperti dalam gambar.
  10. Kemudian canai memanjang doh yang digulung tadi.
  11. Gulung doh sekali lagi seperti di bawah ini.
  12. Potong doh guna pisau anggaran 1/2 inci tebal atau lebih sedikit.
  13. Rupa kepingan doh yang telah dipotong.
  14. Ambil sekeping doh dan canaikan. Jangan nipis. Jika tebal tidak mengapa.
  15. Terbalikkan doh. Isikan inti pada bahagian bawah doh yang dicanai tadi. (bukan bahagian atas). Kelim doh dengan kemas. Inti boleh ikut cita rasa masing-masing.
  16. Karipap pusing yang sudah siap di kelim.
  17. Panaskan minyak dan goreng karipap guna api sederhana hingga keperangan.
  18. Siap untuk dinikmati.

Kredit resepi: Mas Cotek (Facebook)

5/5 (1 Review)
(This post has been visited 5,476 times!)