Hai semua… Masak apa hari ini? Sis baru buat lemang tanpa buluh. Hari ini sis nak share cara mudah buat lemang dengan daun pisang dan plastik. Tak perlu nak tekap-tekap.

Bahan-bahan diperlukan untuk pulut:

  • Beras pulut 1 kg
  • Santan kelapa 2 biji
  • 1 sudu garam

Cara-cara penyediaan & memasak pulut:

  • Masak beras pulut dengan santan tidak terlalu masak.
  • Make sure pulut jangan mentah sangat.
  • Kalau mentah letak santan lagi, so masa kukus itu santan tu akan masakkan pulut.

Bahan-bahan diperlukan untuk membuat acuan lemang:

  • Daun pisang
  • Plastik

Cara-cara penyediaan & memasak acuan lemang:

  • Acuan dari batang tisu (jangan kukus sekali batang tisu okay hehehe… Batang tisu untuk membentuk acuan sahaja).
  • Lepas kukus buka plastik gulung dengan daun pisang yang baru kemas-kemas masuk dalam oven.
  • Sampai kulit pisang layu dan agak terbakar sedikit, lemang uolls sama macam lemang dalam buluh.

Selamat mencuba!

Artikel oleh: Honey Jue

5/5 (2 Reviews)
(This post has been visited 96 times!)